Monday, January 7, 2008

pertama kali

Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai tempat untuk melengkapkan bacaan buku saya.Adalah lebih efektif untuk memahami dan meneruskan pembacaan dgn mennafsirkan semula buku yg telah saya baca kepada bahasa ibunda saya agar boleh dikongsi dengan orang lain.Buku pertama yang saya pilih adalah buku catur "How to asses your chess" oleh Jeremy Silman.Buku ini dipilih kerana saya amat meminati catur dan buku ini amat menarik untuk dibaca

Tajuk : How to Re-Asses Your Chess



Kata-kata aluan
Sebab utama saya menulis buku ini apabila saya menyedari bahawa kebanyakkan buku catur tidak menawarkan penerangan lansung.kebanyakkan buku catur menawarkan koleksi posisi memenuhi tema tetapi tidak pernah menerangkan bagaimana untuk melaksanakan contoh tersebut kedalam permainan sendiri. saya mahu memberikan peminat catut yang berkesungguhan (dari kelas D hingga pakar) jalan yang benar benar meningkatkan permainannya. Penumpuan yang penuh kepada buku ini akan membolehkan pembaca mencapai matlamatnya.
Saya amat berbesar hati dengan segala ucapan terima kasih dan pujian dari pembaca buku ini dari seluruh dunia. Komen yang positif ini menunjukkan buku ini mencapai matlamatnya dan menolong pembaca dan orang ramai untuk lebih memahami catur dengan lebih mendalam

Pengenalan


Selalu apabila saya bercakap dengan pemain mengenai kekuatan D hingga A (D-A strength) saya amat terperanjat untuk mengetahui tentang betapa amat sikit pengetahuan mereka tentang permainan catur.Lebih-lebih lagi apabila saya mencadangkan buku tertentu kepada mereka untuk meningkatkan ilmu tetapi selalunya mereka memberi tahu saya buku tersebut amat memeningkan dan mereka mengalami kesukaran untuk memahami isinya.
Secara tepatnya, saya mendapati kebanyakkan pemain mengalami masalah seperti dibawah ini;
1) Kurang memahami mengenai tujuan sebenar buka permainan didalam catur
2) Tidak ada pengetahuan mengenai perancangan dan proses pemikiran untuk membuatkan sesuatu itu terjadi
3) Tidak memahami kebanyakkan asas penting akhiran permainan catur
4) Bagaimana ketiga-tiga subjek ini berhubung kait secara rapat
Kurangnya pemahaman asas ini selalunya berterusan sehingga akhir hidup. Seperti conth ini;
John diajar bagaimana bermain catur oleh ayahnya didalam umr 12 tahun.pertama kali dia mempelajari peraturan asas dan apabila memperolehi sedikit pengalaman, dia menghafal beberapa posisi checkmate.john diberitahu dia perlu dia perlu mempelajari beberapa posisi akhiran permainan dan lain lain. dengan berat hati dia mengambil sedikit masa untuk memahami bagaimana mate didalam sesuatu situasi seperti king vs king dan pawn. bagaimana pun secara keseluruhan dia mendapati pembelajaran akhiran permainan amat membosankan dan tidak berbaloi untuk menumpukan lebih perhatian. John meminati permainan menyerang, dia meminati menghambat King lawan ke seluruh papan catur. John menjuarai catur dikawasannya perkampungannya,jarang sekali pemain lain yang dapat memberikan tentangan kepadanya. Egonya meningkat dengan kemahirannya. John bercadang untuk meluaskan penguasaannya dia menyertainyai kelab catur.

Menentang pencabar baru ini, sedikit yang john dapat lakukan, dia cuba menyerang, tapi lawannya menambil pawn dan trade semua piecesnya dan akhirnya lawannya akan menang akhiran permainan. Jelas sekali dia merasai terlibat didalam kelab penakut.Jantan sebenar tidak akan bermain catur secara penakut seperti itu.walau bagaimana pun corak permainannya mengalami sedikit perubahan. John mempelajari bagaimana untuk mengelakkan posisi pawn yang lemah.John sebenarnya tidak berapa menyukai perubahan ini tetapi dia tidak mahu kalah dgn golongan penakut ini .

Beberapa tahun berlalu dengan john menghafal beberapa variasi buka permainan dan menelaah beberapa posisi permainan yang diberi oleh rakan rakannya. tidak lama kemudian john ada juara unggul didalam kelabnya. Ego meningkat lagi tinggi.inilah masanya untuk meluaskan penguasaan ke kawasan lain. John mula menyertai pertandingan catur. Pada mulanya kesudahannya mengecewakan, penggunaan jam catur menggangunya. Dan secara keseluruhannya dia senang dikalahkan oleh top player. Bagaimana terbukti itu hanya sementara ,dia mempelbagaikan inisiatifnya..mengambil beberapa strategi baru ,John mula memenangi perlawanan dengan secara kerap. apabila dia melihat ratingnya dia rasa bangga kerana mencapai 1802.pemain Kelas A !
Beberapa detik berlalu john berterusan meningkatkan kemahirannya. apabila tidak bekerja atau menghabiskan masa dengan keluarga,john akan bersendirian dan menghafal beberapa opening lines,kadang kadang meneliti middlegame manual. akhirnya john mencapai tahap expert. tetapi kemudiannya dia tidak dapat melebihi tahap itu.setelah banyak kali mencuba ia tidak dapat melepasi tahap tersebut dan kekal di tahap tersebut
John terperangkap ditahap tersebut disebabkan asasnya lemah. pengetahuannya tidak lengkap.dia tidak pernah menelaah permainannya secara keseluruhan kecuali segalanya dibuat berdasarkan gabungan pecahan pecahan.
Walaupun taknik pembelajaran yang tidak tetap, john tetap mencapai tahap expert,malangnya,teknik yang sama bertindak sebagai benteng, dan menahannya dari meningkat ke lebih baik.kebenarannya tidak menyenangkan,jika dia tidak memusnahkan asas lemah tersebut memulakan kembali dari mula(scratch) dia tidak akan mencapai melebihi tahap expert.

Cerita john adalah cerita yang biasa yg terjadi kepada pemain catur,kebanyakkan pemain mencapai puncak dan mendapati mereka terperangkap disana,terperangkap didalam penjara minda.

Adakah anda didalam situasi yang sama?adakah anda ingin membina kembali asas anda?lakukan perubahan, dan capai tahap baru.jika ya,dan kosongkan pemikran anda dari idea idea yang lama,buka mata anda,dan bersedia menjadi pemain yang anda percaya anda dapat mencapainya.

Tujuan buku ini adalah untuk menawarkan kursus yang lengkap kepada pelajar yang ada kesungguhan.kamu akan diajar dengan ajaran asas akhiran permainan,konsep middle game,dan tujuan sebenar buka permainan.kamu akan ditunjukkan bagaimana menstrukturkan pemikiran anda dan bagaimana untuk mengeluarkan perancangan berasaskan keperluan didalam posisi tertentu.ujian,peraturan asas dan cadangan cadangan juga disertakan. Kamu akan diajar bagaimana mempelajari sendiri dan diberi segala kelengkapan yg sesuai.

Buku ini ditulis dengan berbagai peringkat.banyak asas material disertakan.pelajarilah!walau pun kamu rasa kamu sudah mengetahuinya,tetapi masih perlu mempelajarinya semula.terdapat sesetengah material sedikit advance kepada banyak pemain.buat yang terbaik yang anda dapat lakukan.Ulang baca buku ini setiap 6 bulan.kamu akan mendapati sesetengah material dari susah kepada yang lebih mudah difahami kemudian nanti.

Ini bukan satu lg ajaran middle game,sebaliknya saya menawarkan cara mengawal pemikiran,kita akan mengenalpasti banyak aspek berbeza didalam catur.tetapi selalu melalui intipati cara tersebut.material yang secukupnya diberi pada sesetiap topik. Penjelasan yang lengkap pada setiap subjek akan memerlukan beribu muka surat.senarai buku yang dicadangkan akan diberi pada akhir buku ini kepada sesiapa yang berminat untuk mendalami sesuatu topik.

Jaminan saya mana mana pelajar yang bersungguh mempelajari buku ini da berterusan mempelajarinya akan akhirnya mencapai tahap master.
Banyak pelajar telah membentuk sesuatu kepakaran menggunakan caranya,beliau adalah pakar dgn kaedahnya,apabila anda mula mengubah cara anda berfikir,kamu akan mendapati keputusan akan bertambah teruk.jangan panik.setelah anda menguasai buku ini ia akan bertukar kembali dan anda akan mendapati kefahaman dan pencapaian anda akan melepasi apa apa yg kamu capai sebelum ini.semestinya,kejatuhan sementara skill permainan tidak semestinya akan berlaku kepada semua orang,setiap orang akan bertindak balas secara berbeza.

No comments: